~haha ade orang tu asyik duduk bwah ketiak mak dia je..tak tau malu betul~
~weyh..kau ni mane mak ko pegi mesti ade kau~
~aku tengok kau ni da jd mcm ekor mak kau dah~
itu adalah antara ungkapan yang selalu kedengaran di cuping telingaku..
dari mulut orang2 disekelilingku
kadang-kadang aku rase seperti sudah lali dengan ucapan2 tersebut walaupun ada ketika sangat mengguris hati.
namun aku sebenarnya tidak malu malah bangga kerana tidak semua manusia di muka bumi ini rapat dengan ibu mereka.
ada antara mereka yang malu sehingga mengabaikan ibu mereka tanpa disedari dan yang lebih teruk lagi adalah mereka yang sanggup tidak mengaku ibu yg telah mengandungkan mereka selama 9 bulan.
akan tetapi bagi yang mungkin tidak berpeluang atas sebab-sebab yang menghalang seperti kematian ataupun sudah lame terpisah..aku turut bersimpati..
aku cuma pelik, salah ke kalau kita rapat 'giler' ngan mak kita??
tp satu perkara aku setuju yg kita mmg tak boleh bergantung 100% kat mak
sbb nanti jadi budak lembik yg tataw ape2..hehe
dlm hidup aku ibu merupakan tulang belakang aku selain ayah..
ibu banyak membantu aku dalam pelbagai perkara..
aku sendiri tak tahu bagaimana nak memblas semua tu.
tapi aku juge turut byk melukakan hati nya..pe yang aku mampu hanya dengan perkataan maaf..dan insyaallah aku akan menjaga mu hingga ke akhir hayatmu sekiranya dipanjangkn umurku..
buat rakan2 sekalian yang sedang baca blog ini tolonggglah hargai insan yang bernama ibu..walaupun mgkin dia bukan ibu kandung kita. selagi dia masih di hadapan mata kita..janganlah sampai nasi jadi bubur baru hendak menyesal sebab dalam dunia ni tiada doraemon yg boleh putarkan kembali masa..jadi renung2kan
aku menulis ini bukanlah untuk bebel panjang lebar dan membuat korang boring, cuma untuk meluahkan ape yang tertulis dalam kotak hati ku ini ;)
kepada ibu~
ana SAYANGGGGGG sgt2 kat ibu! ;)
No comments:
Post a Comment